Pelangi

My best friend once said, "Hidup ini tidak seindah pelangi"

Assalamualaikum lah semua aku ucapkan. Rindu juga nak menulis. Di sini aku ingin coretkan bahawa aku telah tamat sem 1 hm ye sem1 baru tapi hak alah suka hati ah nak tulis ke tak. Emosi ni kena bendung nampaknya.

Siapa tak cemburu bila melihat kawan-kawan kita itu ada sesuatu yang kita takda padahal kita rasa kita lagi layak daripada dia untuk dapatkan semua itu hm kompleks? Baiklah cerna satu satu. Kadang-kadang bila aku dengar ada segelintir cakap "Money is not everything" aku rasa tak percaya dah dengan ayat tu walhal ayat tu meluas digunakan dalam penulisan karangan eh. Zaman sekarang ni duit tu hampir macam segala galanya tau. Ha baik kau kata ya! Baiklah sebagai ilustrasi, kalau kau tak pandai tapi kau ada duit mak bapak kau boleh je cucuk kau kat mana mana Universiti swasta siap package fly luar negara lagi. Padahal ada je lagi makhluk yang keputusan dia lagi bagus and semsestinya dia lagi layak tapi dia terpaksa sambung pengajian dalam negara dan hanya berbekalkan duit elaun (bg pelajar asasi dan tajaan ye) di Universiti awam. Selain itu, kau punya keputusan periksa pun gitu gitu je tapi bila sampai bab hadiah kalah orang yang dapat 10A+ ha sampai kau je Iphone 6 lah apalah. Lepastu bila kau ada duit ini semua orang rasa nak dekat dengan kau sebab kau boleh sapot dorang hm kot?

OKAYLAH PERENGGAN KAT ATAS NI CUKUP JELAS MENUNJUKKAN SIKAP TAK RETI BERSYUKUR HMMMMMMM




Cuba hayati ayat Al-Quran itu. Hm sejujurnya ini motivasi buat diri sendiri juga. Sebab apa? Aku juga tewas. Baiklah, kenapa kena bandingkan semua rezeki yang Allah dah kasi lepastu nak kata Allah tidak adil? Astaghfirullahala'zim. Allah itu maha adil. Dia buat sesuatu itu pasti ada hikmah dan kita kena hayati dan MENSYUKURI nikmat itu. kalau asyik nak banding sahaja sampai bila bila kita tidak akan puas. Jangan selalu mendongak ke langit. Apa kata kita cuba banding dengan orang yang lagi susah daripada kita. Ada sesetengah itu bukan kata Whatsapp hm handphone pun tiada. Ha jika dibanding begitu maka kita akan mula rasa bersyukur. Trust me. Lagi satulah kan, semua benda yang mereka ada itu adalah hasil duit kedua orang tua mereka. Buat apa kita nak susahkan mak ayah semata mata untuk mengejar trend bukan? Jadi lebih baik kita belajar bersungguh-sungguh dapatkan duit sendiri dan layanlah kehendak diri itu (mesti berapada ok)

Tapi aku bukan kata mereka yang ada semua kemewahan itu jahat tetapi ingatlah itu semua rezeki Allah dan kita hendaklah bersyukur dengan apa yang kita ada. SYUKUR!

ha okaylah! nanti sambung lagi, salam sayang dan rindu

Pemilik Blog


1 comment: