Pemikiran Rawak

Pernah tak satu ketika rasa macam penat dengan semua. Penat jadi baik. Penat memberi. Penat jaga hati orang. Penat. Ujian datang bertubi tubi yang mana kadang tu jatuh juga air mata sebab rasa macam tak terdaya. Tapi....siapa kita untuk soalkan semua itu. Terima qada' qadar yang Allah dah tulis untuk kita and yep cherish the moment. Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya. Apa kata kita ambil ujian itu sebagai salah satu cara untuk kita bina kekuatan dalaman. Tidak dinafikan dalam dunia ini hati atau qalbu manusia itu berbeza. Ada yang cepat terasa atau sensitif. Ada yang kental sador. Jadi bila ujian yang datang kita lalu dengan penuh kesabaran sambil mencari hikmah disebalik ujian yang telah diberikan In sha Allah qalbu yang baik pasti akan dapat dibentuk. Tanam dalam diri untuk yakin dengan Allah ya Rabb.


Mengeluh. Sampai bila nak mengeluh sebab apa jua keadaan hidup ini akan sentiasa bergerak kehadapan dan kena lalu juga fasa yang susah tu. Sabar dan tawakal sahaja pada Sang Pencipta. Have faith.

Aku sendiri pun sedang memberi suntikan motivasi dan aura positif pada diri sendiri yang kadang tu cepat tersungkur. Buat sahaja yang terbaik. Tapi make sure bangun balik kalau lepas jatuh dan yakin pada Allah! xo

Tidur dulu! Night

-Ijahti290615-

No comments:

Post a Comment