Yang ada depan mata kadang itu tidak sedar

" I am happy when I see my sister succeed in her life"

Meleleh air mata ini bila baca. Tangan ini gatal pergi selongkar buku motivasi adik. My one and only adik perempuan. Gitu.

"hantar along masuk universiti"

"sentiasa berdoa agar keputusan spm along cemerlang"

"takut kalau along tak dapat masuk universiti"

Antara yang aku baca. Dia tulis dekat buku dia yang tajuk atas tu ialah Goal? hm sebagai kakak, aku jujur rasa sebak dekat hati ini. Adik yang aku gaduh yang aku tidur sama sama yang aku cerita semua benda yang kena marah sama sama hm yang jadi partner aku bila nak menari lagu hindustan hee rupanya antara orang yang selalu doakan aku. Yang teringin nak tengok aku berjaya dalam hidup ini. Mungkin doa aku sendiri buat diri ini masih kurang jika dibandingkan dengan dia yang sering doakan aku. Mungkinlah.

Walaupun selalu gaduh haih ini serious kita orang selalu gaduh. Dia macam waib lah gaduh tu.

Tapi....

Adik beradik. Masih sayang. Always.

Kadang itu diri ini banyak khilafnya. Sibuk duk mencari perhatian orang luar. Orang yang bukan sesiapa. Orang yang tak pernah kisah pun pasal diri ini. Haa tapi aku ni duk terhegeh juga.

Buta.

Maksima tahap buta tu.

Yang selalu ada untuk aku dan aku tak perlu cari jauh jauh sebab dia memang akan ada. Tak pernah aku hargai. Tak pernah aku syukuri. Ya Rabb.............

Meluahkan semuanya di sini bukan penyelesaian. Aku tahu. Tapi aku ingin berkongsi dan mungkin mampu bagi iktibar dekat yang tengah baca ini. Mana tahu dengan Izin-Nya. Aku kena belajar bersyukur sebab menyesal kemudian tiada guna. Menyesal bila Allah dah tarik segalanya tiada guna.

Kesimpulan dia yang aku boleh cakap. Orang luar tak mampu menjanjikan apa apa sebagaimana manusia yang mempunyai ikatan tali darah dengan kau boleh janjikan. Yelah adik beradik kan. Aku kat sini nak buat pengakuan sikit yang aku setuju dengan peribahasa yang cakap "air dicincang tidak akan putus". Baru harini tahap setuju tu melambung tinggi.

Tapi aip nanti dulu hmm tapi aku tak kata yang kita jangan tak percaya langsung pada orang luar. Kita kena ingat juga bahawa tak semua orang di luar tu jahat sebab ada sahaja yang baik. Macam Juliana. Tak dinafikan yang baik tu ada cuma kita kena pandai pilih. Aku yakin korang semua mampu pilih yang terbaik untuk diri sendiri. Tak kisahlah sama ada dalam kalangan adik beradik atau orang luar.

Orang luar tu macam kawan, kawan kerja, kawan makan, kawan ha kawan lah senang cerita.

Ini pendapat aku. Tak tahu lah pandangan orang lain. Kalau salah kat mana-mana ke terpeleot kat mana-mana ke, Ana Aseef. Maaf.

Salam Isnin semua, Izzati 020215



1 comment:

  1. bila dah janji kena tepati,,member iolls selalu janji tp hampeh..

    ReplyDelete