Norma

Bismillahirrahmanirrahim

"awak duduk dekat kantin nanti saya panggil untuk turn awak drive pula ye"

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tercongoklah aku dekat kantin itu. Aku sudahlah duduk dekat tengah tengah alam kantin tu. Yang lain penuh dengan majoritinya lelaki. Aku pun duduklah dekat meja yang kosong. Fuhh. Nasib ada kosong. Aku tunggu bila abang tu nak panggil aku untuk latihan memandu. Aku pun sambil duduk kat kantin tu aku perhatilah sekeliling aku. Apa yang aku bisa kata hidup di dunia luar ni macam menakutkan. Tiada lagi ibu ayah yang bisa kau bergantung semuanya pada mereka setiap masa (kadang kadang tu ok lah) tetapi apa yang kau ada cuma dua batang kaki kau yang kau hanya boleh bergantung pada diri kau sahaja. Tetapi yang pasti pada yang Di-Atas sana juga kau harus meminta agar arah hidup kau ni lurus dan penuh kerahmatan supaya mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Bukan untuk hidup kau sahaja. Tetapi untuk aku dan  ya untuk kita semua.


Aku kat sini bukannlah hendak membuka aip sesiapa atau bukannya untuk menyatakan yang aku ini bagus tetapi *mengeluh* aku sedih bila melihat kaum hawa menghisap satu benda yang mana benda itu bila kau hembus dia mampu mengeluarkan asap yang berkepuk kepuk. Rokok. Aku doakan dia mendapat hidayah dan sedar akan perbuatan dia yang bisa mengancam nyawa itu. In sha Allah


Aku juga sedih bila melihat lelaki dan wanita yang bukan muhrim duduk dekat dekat macam dunia ni sempit sangat sampai kenapa kau nak kena bergesel macam itu. Sedih aku tengok. Ya sekali lagi aku ni bukanlah baik mana. Moga apa yang aku tulis ni mampu menjadi iktibar buat aku dan kau yang sedang membaca ini agar menjadi manusia yang lebih baik.


Kita semua ini dambakan syurga bukan? Ya kerna disitulah terletaknya kebahagiaan yang hakiki. In Sha Allah semoga Allah memudahkan segala urusan kita dalam menjadi salah seorang penghuni Jannahtul Firdaus. Amin.

Mungkin apa yang aku nampak ini baru sikit. Tetapi aku tak sanggup hendak melihat yang lebih dahsyat lagi mengenai apa yang ada di dunia luar nanti. Moga tabah.


salam penuh kesedihan, Nurul Izzati


4 comments:

  1. Betul tu. Bila dah besar ni, kena banyak bergantung pada diri sendiri. Hmm, semoga mereka yang berkenaan tu dapat hidayah daripada-Nya :)

    ReplyDelete
  2. hm, pokok pangkal diri sendiri.dalam mesti kuat.

    ReplyDelete