Kehadapan Hazwani Ceh

Assalamualaikum. Rindu sangatnya nak berblogger balik. Dah nak masuk bulan kedua aku selesai dengan SPM tapi masih belum ada kesempatan nak menulis. Ana Aseef. Jadi harini dengan rasa seronok aku nak update blog dan post pertama sejurus aku selesai SPM ialah mengenai hari lahir seorang hamba Allah ni.


Sedapkan muzik latarbelakang blog aku ni? Trimas.


Mari kita sambung....


Kehadapan Nurul Hazwani.... Aku berfikir aku malas nak tulis dalam keadaan formal kerana aku yakin penulisan sebegitu mampu bikin kau muntah pelangi atau lebih teruk kau akan ejek aku. Jadi bagi mengelakkan keadaan yang tidak diingini terjadi keatas bufday gurl kita ni jadi aku akan menulis apa yang terdaya aku tulis agar kau mampu membaca dan akan kembali seperti biasa setelah membacanya atau mungkin perasaan sayang kau terhadap friendship kita akan makin mekar. Aku tahu kau tengah senyum. Aku tahu juga aku cukup sweet. Ijahti kan. Ahaks.





Selamat Hari Lahir yang ke-18 Semoga kau panjang umur,dimurahkan rezeki,dirahmati dan mendapat kerahmatan dunia dan akhirat. In Sha Allah. Biarlah orang nak kata ayat tu macam cliche tapi sebenarnya maksud dia mendalam. Kau baca dalam dalam jangan baca cetek sebab nanti maksud yang dalam tu kau tak dapat. Risau aku. Terima kasih aku ucapkan sebab kau dah jadi sebahagian orang yang penting dalam hidup aku. Susah senang kau ada dengan aku. Walaupun kau suka bikin hati aku sakit tapi aku pun tetap redha dan masih nak berkawan dengan kau. Daya penarik? Blah lah kau dengan daya penarik. Aku rasa muka kau tengah tegang sekarang. Maka aku mahu kau kendur kan semula ketegangan itu. Aku jujur suka berkawan dengan kau. Dalam bahasa yang lebih puitis dan sweet aku rasa kau ni macam one in a million lah. Agak susah nak cari kawan macam kau. Semoga kau dapat capai apa yang kau hajatkan. Doakan aku juga ye. Semoga aku dapat capai impian aku.



"Ha nangis nangis"

"kau yang curi jam aku. Sebab muka senyum"

"aku tak tahu kenapa aku suka pegang dekat situ (you know where)"

"Alhamdulillah lepasni tak jumpa kau dah jah"

"Semua orang rindu aku"

"Aku kan captain"

"Kau ni kawan kehulu-kehilir aku je"

"Kau boleh ke pakaikan shawl ni untuk aku?Aku tak yakinlah dengan kau"

"Ha tu adik dorm 'kesayangan' kau"

"kita kena biasakan sebab nanti kat luar kita akan buat haluan masing masing"


Last but not least, aku doakan kau dan selamat hari lahir sekali lagi.



p/s: jangan risau blog aku ni tiada siapa yang tahu. Jadi segala penulisan ini terjamin dan selamat. SALAM MAULIDUR RASUL :-)



                                                                                                                      Ijahti

                                                                                                                                        030115 0854am



No comments:

Post a Comment