Assalamualaikum.

Seronoknya bila ada yang kata blog aku ni cantik. Jadi terima kasih aku dahulukan. Syukran Jazilan.

Aku sebenarnya rindu nak tulis dekat sini. Perihal apa aku rasa semenjak dua menjak tiga menjak ini haha tapi bila dihitung difikir ditenung dicerna aku rasa meluahkan SEGALANYA di sini bukan suatu yang seeloknya. Ulang banyak kali tau segalanya tu. Doploh kali.

Bila mana kau dah tahu perkara itu mendatangkan dosa dan kau masih buat maka lagi berat dosanya. Betulkan aku jika silap. Aku ni kadang tu tersilap langkah juga. Tapi kerana bisikan syaitan itu terkadang diri ini tewas. Semoga Allah jaga segala tingkah laku ini hendaknya. In sha Allah. (Perenggan ini tiada kena mengena dengan perenggan di atas hm suka hati lah)

"Ju kadang tu aku rasa tak sabar nak tahu result tapi aku cuak gak"

Dunia luar yang mencabar itu kadang terdetik dalam hati ini ingin menepuhnya.

Aku ada buah tangan sikit. Buat semua hehe tarbiahsentap.com

Sayonara (em nanti ada rezeki tulis lagi)

-ijahti-

No comments:

Post a Comment