Qalbu

Mengenali kau cukup buat aku gembira,
Jiwa gelora di alam remaja,
Ungkapan cinta diungkap mesra,
Tidak kira adam mahupun hawa,
Kurangnya ilmu agama di dada,
Redha Sang Ilahi sering dibiar sahaja,
Hanyut dalam sulaman yang berbisa,
Kau dan aku seronok bercinta.

Terbit rasa untuk meragui cinta kita,
Bukan kerna kau dan aku tidak setia,
Suruhan agama menjadi yang utama,
Aku dan kau mencari redha Sang Pencipta,
Bercinta sebelum nikah bukan caranya,
Aku dan kau berpisah jua.

Aku tewas melawan rasa,
Mutiara jernih membasahi muka,
Kau kuat menahan perit di dada,
Mengajar aku agar tidak berduka.

Semakin hari aku semakin mengerti,
Rasa sebak dan sedih berlalu pergi,
Aku mencuba menjadi mukminah sejati,
Mendamba cinta dan redha Ilahi,
Demi mencari cinta yang suci.

Apa yang rasa di hati tidak dapat aku ungkapkan,
Semuanya aku simpan,
Menanti cinta yang aku idamkan,
Cinta seorang hamba yang mencintai penciptaNya.

"Jika perasaan yang ada di hati ini datang daripada Mu Ya Rabb, maka kau berikanlan aku petunjuk untuk menguruskan rasa ini dengan sebaiknya. Namun jika perasaan ini datang daripada bisikan syaitan maka Kau jauhkanlah rasa ini daripada terus berada di dalam Qalbu ini"

No comments:

Post a Comment