" Cuba kau ambil pen dan kertas lepastu tulis semua masalah yang buat kau runsing tu. Aku yakin tak sampai tiga pun masalah kau tu. Lepas dah tulis bagi kertas tu dekat aku"

Assalamualaikum rakan rakan sahabat handai teman dan seangkatan dengan semuanya. Luahan rindu aku hendak menulis blog akhirnya tercapai. Aku tahu lama aku menghilang. Aku pergi belajar. Jauh nun di Banting. Ada sahabat aku kata kalau kita tuntut ilmu jauh jauh ni besar pahalanya. Sumber inspirasi aku jadikan kata kata sahabat itu untuk aku terus betah di Banting.

" Ya Allah berat juga dugaan kau sepanjang duduk sini eh hm "

Kalau hendak aku garap dalam satu novel pun belum tentu dapat membukukan segala apa yang aku lalui sepanjang tahun ini. Beza berbanding tahun tahun sudah. Kini cabaran makin berat. Macam macam ragam manusia aku temu. Kadang itu aku tewas. Jujur. Setelah dikaji banyak erti hidup yang aku masih belum tahu. Daif orang kata. Dari sini aku belajar HabluminaAllah wa Habluminannas. Pada saat awal aku masuk basis aku rasa hubungan aku dengan Allah akan makin kurang. Al maklumlah dah tak boleh bangun malam sorang sorang. Sebenarnya TIDAK. Malah dugaan semua ini menjadikan aku main kuat dekat sini. Alhamdulillah.

Sejak duduk dan tinggal di asrama ini aku belajar sesuatu yang baru. Memandangkan jauh daripada keluarga saudara mara semua jadi aku belajar yang semua warga aspuri itulah keluarga. Pada mula aku rasa aku duduk asrama ni macam aku sedang menyertai kem selama dua tahun. Tapi lama-lama pemikiran macam itu semakin pudar. Malah aku rasa bahagia macam di rumah. Jujur ni. Alhamdulillah aku dikurniakan dormmates yang baik. Kakak-kakak dorm dan adik adik dorm yang sememangnya baik buat aku. Hidup bersama manusia ni tidak selalunya bahagia. Nama pun manusia kan. Jadi kalau ada rasa tak puas hati dengan tindakan ahli dorm itu pasti pernah terbit  dalam diri aku yang tidak sempurna ini. Aku juga banyak kurangnya. Banyak khilafnya. Dan disini aku belajar manusia ni ada macam macam ragam yang kadang itu aku tak pernah jumpa pun. Nak puaskan hati semua orang memang aku tidak mampu. Aku cuba sedaya upaya untuk menjaga hati dan perasaan ahli dorm aku tu, Inn Sha Allah.

Aku hidup dengan mereka bermula daripada 29 Januari ( tarikh aku daftar asrama ) . Macam mana hendak aku ungkapkan pun aku tak mampu. Tapi yang pasti aku sangat rapat dengan ahli dorm aku. Bagi aku mereka dah macam sebahagian kehidupan aku pada tahun ini. Banyak masa aku bersama mereka jika hendak dibandingkan masa aku bersama keluarga sendiri. Lumrah berjauhan. Terbit rasa sayang dalam diri aku kepada setiap ahli dorm aku. Hey! sepanjang tahun aku hidup bersama mereka. Cerita aku cerita mereka semua kami kongsi bersama. Tiada sangsi yang pasti. Aku sayang mereka. Lillahita'ala. Aku berharap ukhwah yang terjalin sepanjang tahun ni akan terus terjalin dan disulami keberkatan daripada-Nya. Begitulah hendaknya. In Sha Allah.

"Dormmates ni penting Izzati. Gaduh macam mana pun kau tetap perlukan dormmates ni"

Kenangan sepanjang tahun tidak mungkin akan aku lupa. Teringat pula sewaktu mereka buat kejutan sempena ulangtahun keliharan aku. Ini pertama kali ulangtahun aku tanpa keberadaan keluarga disisi. Pengalaman aku ambil. Tanpa keluarga Allah ganti dengan ahli dorm yang sememangnya sudah membahagiakan pada saat ulangtahun kelahiran aku.Kejutan yang sememangnya aku sendiri tidak pernah jangka terjadi pada saat ulangtahunku. Syukur. Syukran Ya Rabb.

Kalu bisa aku garap dalam novel pasti akan aku lakukan.
Kehidupan di asrama mengubah diriku sepenuhnya.
Tinggal setahun sahaja lagi untuk aku di Basis.
Pasti akan aku manfaatkan. In sha Allah.


                                                                                                                                                                Salam sayang,
                                                                                                                                                           Nurul Izzati Mohd Zaki

No comments:

Post a Comment