Random

                                                                            Assalamualaikum.

Banyak perkara yang ingin saya senaraikan disini. Senarai bermakna banyak. Jadi saya dengan sebulat suara dan dengan penuh rasa bangga, ingin meng-update semua senarai yang saya maksudkan yang kononnya macam banyak sangat. Cukup merepek di perenggan ini.

Alhamdulillah sekali lagi kita semua diberi peluang untuk terus bernafas. Alhamdulillah. Syukran ya Allah. Sentiasa tanamkan rasa bersyukur itu di dalam hati kita.

Dalam pada kita beseronok dengan apa jua kejayaan yang telah kita peroleh, suka diingatkan di sini, janganlah kita lupakan saudara kita yang sedang menderita di sana. Apa-apa yang kita lakukan haruslah seimbang. Doa kita hendaklah seiring bersama dengan mereka. Inn Shaa Allah.

Baru-baru ini, saya hadir ke perjumpaan Puteri Islam sekolah saya. Puteri Islam bagaikan sebahagian daripada aktiviti kokurikulum yang saya jalani. Almaklumlah sejak saya darjah tiga lagi saya telah menyertai Puteri Islam. Puteri Islam ni nampak comel and ayu je. Hihi. Di dalam perjumpaan kali ini, mereka telah membahagikan ahli-ahli Puteri Islam ini kepada beberapa kumpulan. Saya ditempatkan di dalam kumpulan yang diberi nama.....................................

KHANSAA :)

Saya dengan penuh semangat terus mencari kisah cerita mengenai Khansaa. Nama-nama kumpulan telah ditetapkan oleh ahli jawatankuasa. Dan nama-nama kumpulan itu diberi berdasarkan nama-nama Srikandi Islam.


 Al-Khansaa' berpuisi pada putera-puteranya :
" Wahai putera-puteraku,
Jika kamu bangun esok pagi
Keluarlah memerangi musuh-musuh Allah
Dan keranaNya kamu akan mendapat kemenangan "
Tidak diratapi putera-puteranya yang gugur
Tidak disesali putera-puteranya yang syahid

Jadi itulah sedikit sebanyak yang mampu yang saya kongsikan disini. Sungguh indah. Sarat dengan jihad di jalanNya.

Jadi sampai disini sahaja entri kali ini. Maaf jika ada silap di mana-mana. Saya minta maaf. Sesungguhnya saya manusia yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.Minta kalian tegurkan di mana-mana silap saya. Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment